Friday, April 23, 2010

INDAHNYA PELANGI......(^-^)



subhanallah...cantiknya pelangi...itulah ciptaan Allah...PELANGI....

 "kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.....
kita tertanya-tanya, ke mana hilangnya matahari???
rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi yang indah"

itulah kehidupan....kadang-kadang ada matahari...petir....kilat....pelangi...

kadang-kadang ana terfikir, kenapa ana ditimpa masalah....masyaallah..hinanya ana sebagai hamba..acapkali memikirkan perkara & masalah dari pandangan negatif...jika dibandingkan dengan nikmat ALLAH...tak mungkin dapat ana hitungkan nikmat Allah kepada hambaNYA...kerdilnya rasa diri ini...

"maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"
- arrahman

ana sering terfikir...kenapa dan kenapa ana terus diuji...sedihnya...bnyaknya ujian...kadang-kadang rasa tak mampu untuk ana hadapi smua yang berlaku....astafillah...ana takut ana makin jauh menyimpang.....namun ana sedar hakikat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini....


"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kerana perancangan Allah lebih teliti daripada perancangan manusia yang terlalu banyak nodanya....

ya Allah...aku amat memerlukan kekuatan dan ketabahan dariMU..bantulah aku ya ALLAH...ana perlu kuat untuk memberikan kekuatan dan sokongan kepada mereka yang ana sayangi...bantulah hambaMU ini Ya ALLAH..

semoga setiap ujian dan dugaan yang mendatang dapat ditempuhi dengan hati yang redha, sabar serta tawakal kepada Yang Maha Mengetahui, Maha Menyayangi...

"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan dirimu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahukan, kerana DIA tahu hanya hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih dekat dan akrab denganNYA...."

"bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, 
bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..."
yakinlah hati..........
moga engkau sentiasa tabah menghadapi liku-liku kehidupan...kerana kesabaran dan redha dengan apa yang berlaku, insyaallah ganjarannya syurga yang abadi....
ingatlah hati.....
kehidupan serta masalah dunia hanyalah sementara...tiada manusia akan hidup selamanya...semua manusia akan mati dan setiap amalan akan dihisap...
berbuat baiklah kepada manusia kerana ganjarannya pahala serta jaminan syurga...
insyaallah...

akhirnya PELANGI  akan muncul juga disebalik petir dan hujan yang datang....
ada hikmah disebalik apa yang berlaku...
YAKINLAH HATI....


pesan pada diri,
tabahkan hati & kuatkan semangat.
pesan pada hati,
kukuhkan iman & banyakkan zikrulullah.
pesan pada naluri,
jangan mengeluh & kecewa...
UJIAN ADALAH MEDAN KEIMANAN...

3 comments:

  1. Shu.. bertabah la.. setiap insan pasti diuji. bersabarlah. ujian kita berbeda.. saya tau kamu kuat.. bermacam kamu diuji, tapi kamu buktikan kamu kuat. yakinlah, bahawa Allah tidak menguji hambanya dengan yang bukan berkemampuan dengan hambaNYa.. Berdoalah dan jangan berhenti berdoa, kerana Allah suka mendengar hambaNYa meminta. Semoga ujian kamu akan reda dan segalanya pasti baik. InsyaAllah.. All d best.. saya akan bantu ikut apa yang termampu..

    ReplyDelete
  2. @nazz : syukran jazilan...sy akan wt apa yg termampu demi org2 yg sy syg...insyaallah...

    ReplyDelete
  3. Disebalik awan yang mendung,bakal tersirat pelangi yang indah bakal membawa senyuman kebahagiaan~~terus tabah n sabar..kerna sabar itu indah buat hati yang gundah gulana~

    ~atinjieha~
    -- http://wardahadnin.blogspot.com --

    ReplyDelete