Temanku,
Allah menjadikan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun dengan berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya..
‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.’
(Surah Al-Tin:4).
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata??
Mahukah kita hidup terhina??
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya..
‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’
(Surah Al-Mujadilah:11).
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang dan bahagia..
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan..
‘You are the best ummah.’(Al-Imran:110).
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.’
(Al-Hujurat:13).
Jelaskan visi perjalanan,
‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.’(Al-Baqarah:201).
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.’
(Al-Alaq:1-2).
Sedarlah kita pemikul amanat Tuhan,
‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya
enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak
melaksanakan.’
(Al-Ahzab:72).
Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
’(Ali-Imran:139).
Lantaran itu, carilah redha Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha × istiqomah – malas / masa+yakin,
Asas kejayaan,
‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.
’(Ar-Ra’d:11).
‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya
dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’
(At-Tawbah:59).
No comments:
Post a Comment