sedih??? gembira??? terharu??? kecewa??? terguris???
berbagai-bagai perasaan ana rasakan hari ini...hari ini hari terakhir ana di sekolah..praktikum 3 bulan yang lalu berakhir hari ini....
sedih kerana akan meninggalkan sekolah yang penuh "happy" dan penuh dengan kemesraan antara semua warga...sedih kerana meninggalkan anak-anak didik yang pelbagai ragam, pelbagai celoteh, pelbagai aksi & pelbagai kerenah yang kadang kala boleh membuatkan ana tersenyum sendiri...& yang paling sedih kerana terpaksa berhadapan semula dengan buku-buku, kerja kursus, kajian tindakan, exam & suasana maktab yang kadang kala membuatkan ana kurang dan tidak selesa...sedihnya...........jika diberi pilihan, ana mahu terus berada di sekolah tanpa perlu berpaling & berpatah balik semula ke maktab...(^-^)
hari ini ada murid ana yang menangis sedih kerana "ustazah" mereka akan meninggalkan mereka....perasaan ana pula bercampur baur...tapi ana tidaklah sampai menangis.....sebab pada ana setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan kerana manusia tidak akan kekal selamanya....apa yang bermula akan berakhir...& semua yang hidup akan mati kerana itulah ketentuan Illahi...
hari ini ana banyak menerima surat-surat kasih dari anak-anak murid ana..tidak ketinggalan juga yang memberikan hadiah sebagai kenang-kenangan....terharunya ana.....
ini antara gambar yang sempat ana ambil hari ini sebelum melangkah keluar dari sekolah yang ter"happy" yang pernah ana praktikum...
ini anak-anak ana di kelas 3 UM...semua 40 orang...comel-comel semua....(^-^)
3 USM...sepatutnya ada 25 orang...tapi dalam ni ada 11 je...yang lebihnya di bilik j-qaf, kelas pemulihan al-quran...
untuk semua murid-murid ustazah :
ustazah SAAAAAAAAAAAAAAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANG kamu semua....ustazah minta maaf "tergarang" dengan kamu semua...niat mendidik, tak nak kamu semua makin jauh...
sebab "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
ustazah doakan semua murid-murid ustazah menjadi anak yang soleh & solehah,berjaya dalam peperiksaan dan berjaya dunia & akhirat...
sayang semuanya....:)