Thursday, March 4, 2010

SUSAH SANGAT KE NAK TUTUP AURAT??????



Kita sering melihat di sana-sini kelibat manusia yang tidak menutup aurat.Kadangkala kita tertanya-tanya pada diri sendiri.Susah sangatkah nak menutup aurat ni.Adakah Allah mewajibkan kita menutup aurat ini adalah suka-suka sahaja atau nak menyusahkan kita.
Nauzubillah, begitulah segelintir sikap manusia kini.Mereka lebih sayangkan dunia dari akhirat sedangkan kenikmatan akhirat lebih besar dan lebih kekal.Pernah kita bertanya kepada mereka-mereka ini terutama WANITA.

Mengapakah anda tidak menutup aurat?? Apa jawapannya,
“Alah panaslah,tak tahan I dengan panas-panas macam ni.”
“Eeee, tak nak aku jadi camtu. Macam orang banduan je”
Ada pulak yang berkata,
“Saya ni tak standard la pakai tudung,Mana nampak rambut I yang cantik ni”

Ya Allah betapa lemahnya iman orang Islam kini.Anda jangan pelik sekiranya dalam beberapa tahun lagi anda tidak lagi dapat membezakan mana Islam mana bukan Islam kerana sudah ramai yang meninggalkan perintah Allah ini. Maka tersenyum lebarlah para musyrikin seluruh dunia melihat keadaan kita umat Islam ini.

Pelbagai serangan yang dilakukan oleh kaum musyrikin antaranya dengan menyekat hak bertudung dan sebagainya. Kenapa mereka sungguh takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam????Senang sahaja jawapannya,mereka takut dengan kekuatan iman umat Islam. Mereka tahu kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan iman mereka pada perintah Allah lalu untuk memusnahkan umat Islam ialah satu-satunya cara ialah menjauhkan umat Islam dari Allah SWT.
Jadi tepuk dada tanya iman anda..Susah sangatkah menutup aurat.Dan yang paling penting laksanakanlah kewajiban menutup aurat ini semata-mata kerana Allah dan bukanlah secara terpaksa.Jika tidak,sia-sia sahaja amalan baik anda kerana anda tidak ikhlas kepadanya melainkan anda hanya takutkan makhluk(kawan-kawan,pensyarah,ibu bapa) dari pencipta kita sendiri Allah SWT. Maka renung-renungkanlah.



Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah untuk menutup aurat…….

  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.
Wah,sanggupkah anda untuk menerima semua ini.Sedangkan terluka sedikit dihiris pisau pun sudah kecoh nak kena hantar ke hospital, apatah lagi kalau kulit anda disiat-siat dan rambut anda ditarik dan dan dipusing oleh 40000 malaikat di neraka.
Wah,kalau anda berani,saya cukup “respek” pada anda kerana anda sanggup bersama-sama syaitan dan sekutunya di neraka untuk diseksa. Pertimbangan yang “hebat”.Semoga KITA tak tergolong dalam orang yang dimaksudkan..

    *  petikan dari - http://syakiringroup.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment