"jika ingin melihat kekuatan umat islam,lihatkan para jemaahnya terutama solat subuh"
mungkin ramai yang tidak ambil kisah ungkapan tersebut...kalau ditanya, "kenapa x pergi jemaah di masjid?? jawapan yg kita selalu dengar....
"ala, bz la...bny keje la nk buat...."
"asgment banyak x settle lg"
"ala...x p masjid pun kitorang solat jgk"....
"x sempat la nk p...penat...baru balik sekolah...praktikum...."
persoalannya skrang......
layakkah kita sebagai hamba Allah memberikan berbagai-bagai alasan untuk perkara kebaikan???
layakkah kita membelakangkan Allah serta amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi ini???
sanggup kita membelakangkan ALLAH kerana urusan duniawi yg hanya sementara???
siapa kita di hadapan ALLAH????
sedihnya...masjid yang menjadi rumah Allah hanya tersergam indah dimata tapi bukan di hati... apa yang menyedihkan serta memilukan hati, masjid ini hnya gah pada luaran bukan "dalaman"...
jika diperhatikan, brapa ramai jemaah yang datang untuk solat berjemaah di masjid??
Jika kita membuka helaian sirah nabi maka kita akan mendapati bahawa Rasulullah saw sentiasa melakukan solat secara berjemaah. Baik ketika Baginda sihat, sakit, dalam suasana aman mahupun dalam masa peperangan. Bagi orang yang melakukan solat berjemaah, akan mendapat pahala yang berlipat ganda berbanding solat secara bersendirian. Ini dapat kita fahami daripada sebuah hadis yang bermaksud:
"Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat seorang diri, dengan mendapat pahala 27 darjat." – (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).
Daripada keterangan hadis di atas, maka tidak dapat disangsikan lagi bahawa solat berjemaah itu amat digalakkan dalam agama Islam. Allah menyediakan pahala yang berganda-ganda kepada mereka yang melakukannya.
Keistimewaan ini seharusnya tidak diabaikan dan dilepaskan begitu saja oleh setiap Muslim, selagi tubuh badan masih sihat, kuat, mampu serta tidak ada apa-apa yang menghalangnya.
Seorang Muslim yang tidak mengambil berat terhadap solat berjemaah dikatakan sebagai orang yang hanyut dan lalai. Imam Habib Abdullah Hdad dalam kitabnya Nasihat Agama dan Wasiat Iman pernah mengungkapkan:
"...barang siapa yang memandang sepi terhadap keuntungan akhirat yang dianjurkan agama (solat berjemaah) pada hal dia tidak perlu berpenat lelah atau bersusah payah untuk mencapainya, maka orang itu sebenarnya teruk kelalaiannya terhadap urusan agama."
peringatan untuk semua yang bergelar HAMBA ALLAH....
"jgn terlalu mencintai dunia kerana dunia ini hanya persinggahan sementara....akhirat jua yg abadi...marilah kita sama2 mencari redha Allah...sematkan di hati bahawa kita adalah HAMBA ALLAH...bukan HAMBA DUNIA....ingatlah,jika kita meluangkan masa untuk Allah, Allah akan melapangkan serta membantu segala urusan kita di dunia dan di akhirat..insyaallah...
JOM SAMA2 SOLAT JEMAAH DI MASJID....
tuela.. badan yang dipinjamkan kpd kita byk telah disalah gunakan.. Diri ini, hari demi hari, mengusahakan untuk melakukan apa yang terbaik untuk badan ini.. bagaimana, jika kita dipertanggungjawabkan di akhirat nnti tanpa persediaan. confirm, kaki berkata, "tuan saya ini, tidak pernah gunakan saya ke masjid".. terimalah satu penangan.. masa tue, takleh wat pe dah..terima aja lahh... moga kita perbaiki diri kita dari hari ke hari..insyaAllah..
ReplyDelete