Wednesday, March 31, 2010

aKu TaKuT!!!!!

Aku takut hantu!
Aku takut kena pecat!
Aku takut girlfriend / boyfriend aku lari! Aku takut tak da gaji!
Aku takut kalau dia tak suka! Aku takut nak tegur!
Aku takut nak cakap yang itu salah..!
Takut..! takut..! takut..!

Banyak sangat yang ditakutkan.
Dan ya, kau katakan kau takut kan Allah.

Kau takut DIA lupakan kau walau dalam masa beberapa saat. Haru biru hidup kau, ungu muka kau. Jadi putih mata kau.

Kau kata kau takut balasan DIA. Takut masuk neraka. Takut dihisab pada hari setiap amalan diperlihatkan. Kau katakan lagi, kau takut DIA murka. Tak berani. Takut!!

Tapi..benarkah kau takut DIA????

Kau lagi takut hilang kekasih yang makhluk daripada hilang kekasih yang khalik (Pencipta)

Kau lagi takut hilang jawatan. Dan berani melanggar aturan Tuhan.

Kau lagi takut hilang penyokong. Sanggup mengata itu dan ini. Dan kau tahu,itu bukan ajaran Tuhan mu yang turun sejak ribuan tahun lampau.

Kau tahu, Islam yang umurnya purba tak pernah purba dan tua dalam hidup. Dan kau tahu yang Islam ini adalah pedoman hidup mu.

Tapi kau lagi takut pada bukan yang sepatutnya.

Telah DIA ciptakan takut itu supaya untuk memberi mu peringatan. Tidak salah kau merasa takut. Tetapi salah kau meletakkan takut mu pada tempat yang salah.

Apakah benar takut pada DIA yang kau katakan itu. Atau kau hanya kata kau takut supaya tidak mahu orang lain kata kau tiada iman bertapak teguh dalam hati. Kau tahukah orang yang mengata itu, punya iman juga atau tidak?

Atau kau hanya mengata kau takut, supaya sedap hati kau. Supaya kau rasa terlepas dari belenggu karat pemahaman yang jahil?

Dan kau berani menentang takut kau pada DIA ,kerana hanya kau tidak nampak DIA dalam wajah NYA yang sebenar?

Dan kalaulah DIA menampakkan diri Nya,adakah kau akan terus berani menggunakan kata “TAKUT” itu?

Takutlah...

pesanan untuk kita :
takutlah hanya pd ALLAH..ingatlah yang kita semua makhluk ALLAH..lakukanlah apa yang diperintahkan dan tinggalkanlah laranganNYA..moga kita sentiasa direntangi pelangi yang indah di setiap masa..insyaallah..

Friday, March 26, 2010

MuriDKu sAyaNg....



  "ustazah, saya nk p tandas...." 
ana hanya senyum & anggukkan kepala tanda izin....

* setengah jam kemudian...
murid yang sama dtg lg...

"ustazah, saya nk minum..."
untuk kali kedua ana hanya senyum & anggukkan kepala tanda izin....
 peliknya murid tadi terus bangun untuk keluar dari kelas...
ana terus memanggilnya lalu bertanya...

ana      :  kamu nk ke mana??
murid   :  nk minum ustazah...
ana      :  minum?? minum di tempat duduk kamu...kenapa mesti nk keluar??
murid   :  nk pergi toilet..nak minum...
ana      :  kenapa nk minum di toilet?? tak bawa air ke?
murid   :  tak bawa ustazah...
ana      :  kenapa x bawa air??
murid   :  tak ade botol ustazah...

* sedihnya dengar jawapan murid tu...ana ada juga selidik...rupanya dia anak yatim..ayah dah tak ada...sekarang tinggal di rumah kebajikan....sehari dapat la seringgit sebagai bekalan...dalam hati ana bertanya "cukup ke"??? 
hari ini ana pergi la selidik anak murid ana yang sorang ni....waktu rehat ana pergi kantin tengok dia dari jauh....
pagi ni ana nampak dia beli bihun 1 pinggan ( RM0.50 )...dah habis makan bihun 2..dia bangun & beli nasi (RM0.50 )...habisla seringgit yang dia bawa...air????? tak dapat nk beli air sebab duit dia dh habis...sebab tu la dia hanya minum air di toilet....kesiannya.....
lepas tu ana panggil dia dtg jumpa ana di bilik guru..tanya dia dh makan ke belum..& borak-borak jap...ada juga ana tanyakan "tak makan sarapan ke kt rumah kebajikan? dia jawab tak...pelik jgk...tak mkn sebab tak sempat ke sebab memang tak disediakan makanan?? dalam hati ana terlintas "patutlah nampak lapar je masa makan rehat td"...
ana belikan dia air & kuih..dia nampak gembira sgt...tp dalam hati ana...ana sedih sgt...ada lg org yg susah...klu dulu ana rasa ana susah...rupanya ada lagi yg susah....walaupun masa sekolah rendah dulu hanya bawa RM0.50 tp sekurang-kurangnya dulu ana dapat RMT...(^-^) insyaallah ana akan cuba usahakan murid ana pun dpt RMT ( rancangan makanan tambahan )...

renungan : 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah.
 
"jika insan ditarbiah dengan kepayahan, dia akan belajar erti mensyukuri,
jika insan ditarbiah dengan kesibukan, dia akan belajar bersabar dan menghargai masa,
jika insan digasak dengan pelbagai ujian, jiwanya akan kental menghadapi ujian..."

Tuesday, March 23, 2010

SeDihnya........

"jika ingin melihat kekuatan umat islam,lihatkan para jemaahnya terutama solat subuh"

mungkin ramai yang tidak ambil kisah ungkapan tersebut...kalau ditanya, "kenapa x pergi jemaah di masjid?? jawapan yg kita selalu dengar....
"ala, bz la...bny keje la nk buat...."
"asgment banyak x settle lg"
"ala...x p masjid pun kitorang solat jgk"....
"x sempat la nk p...penat...baru balik sekolah...praktikum...."

persoalannya skrang......
layakkah kita sebagai hamba Allah memberikan berbagai-bagai alasan untuk perkara kebaikan???
layakkah kita membelakangkan Allah serta amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi ini???
sanggup kita membelakangkan ALLAH kerana urusan duniawi yg hanya sementara???
siapa kita di hadapan ALLAH????

sedihnya...masjid yang menjadi rumah Allah hanya tersergam indah dimata tapi bukan di hati... apa yang menyedihkan serta memilukan hati, masjid ini hnya gah pada luaran bukan "dalaman"...
jika diperhatikan, brapa ramai jemaah yang datang untuk solat berjemaah di masjid?? 

Jika kita membuka helaian sirah nabi maka kita akan mendapati bahawa Rasulullah saw sentiasa melakukan solat secara berjemaah. Baik ketika Baginda sihat, sakit, dalam suasana aman mahupun dalam masa peperangan. Bagi orang yang melakukan solat berjemaah, akan mendapat pahala yang berlipat ganda berbanding solat secara bersendirian. Ini dapat kita fahami daripada sebuah hadis yang bermaksud:

"Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat seorang diri, dengan mendapat pahala 27 darjat." – (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

Daripada keterangan hadis di atas, maka tidak dapat disangsikan lagi bahawa solat berjemaah itu amat digalakkan dalam agama Islam. Allah menyediakan pahala yang berganda-ganda kepada mereka yang melakukannya.

Keistimewaan ini seharusnya tidak diabaikan dan dilepaskan begitu saja oleh setiap Muslim, selagi tubuh badan masih sihat, kuat, mampu serta tidak ada apa-apa yang menghalangnya.

Seorang Muslim yang tidak mengambil berat terhadap solat berjemaah dikatakan sebagai orang yang hanyut dan lalai. Imam Habib Abdullah Hdad dalam kitabnya Nasihat Agama dan Wasiat Iman pernah mengungkapkan:

"...barang siapa yang memandang sepi terhadap keuntungan akhirat yang dianjurkan agama (solat berjemaah) pada hal dia tidak perlu berpenat lelah atau bersusah payah untuk mencapainya, maka orang itu sebenarnya teruk kelalaiannya terhadap urusan agama."


peringatan untuk semua yang bergelar HAMBA ALLAH....
"jgn terlalu mencintai dunia kerana dunia ini hanya persinggahan sementara....akhirat jua yg abadi...marilah kita sama2 mencari redha Allah...sematkan di hati bahawa kita adalah HAMBA ALLAH...bukan HAMBA DUNIA....ingatlah,jika kita meluangkan masa untuk Allah, Allah akan melapangkan serta membantu segala urusan kita di dunia dan di akhirat..insyaallah...
JOM SAMA2 SOLAT JEMAAH DI MASJID....

Thursday, March 4, 2010

SUSAH SANGAT KE NAK TUTUP AURAT??????



Kita sering melihat di sana-sini kelibat manusia yang tidak menutup aurat.Kadangkala kita tertanya-tanya pada diri sendiri.Susah sangatkah nak menutup aurat ni.Adakah Allah mewajibkan kita menutup aurat ini adalah suka-suka sahaja atau nak menyusahkan kita.
Nauzubillah, begitulah segelintir sikap manusia kini.Mereka lebih sayangkan dunia dari akhirat sedangkan kenikmatan akhirat lebih besar dan lebih kekal.Pernah kita bertanya kepada mereka-mereka ini terutama WANITA.

Mengapakah anda tidak menutup aurat?? Apa jawapannya,
“Alah panaslah,tak tahan I dengan panas-panas macam ni.”
“Eeee, tak nak aku jadi camtu. Macam orang banduan je”
Ada pulak yang berkata,
“Saya ni tak standard la pakai tudung,Mana nampak rambut I yang cantik ni”

Ya Allah betapa lemahnya iman orang Islam kini.Anda jangan pelik sekiranya dalam beberapa tahun lagi anda tidak lagi dapat membezakan mana Islam mana bukan Islam kerana sudah ramai yang meninggalkan perintah Allah ini. Maka tersenyum lebarlah para musyrikin seluruh dunia melihat keadaan kita umat Islam ini.

Pelbagai serangan yang dilakukan oleh kaum musyrikin antaranya dengan menyekat hak bertudung dan sebagainya. Kenapa mereka sungguh takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam????Senang sahaja jawapannya,mereka takut dengan kekuatan iman umat Islam. Mereka tahu kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan iman mereka pada perintah Allah lalu untuk memusnahkan umat Islam ialah satu-satunya cara ialah menjauhkan umat Islam dari Allah SWT.
Jadi tepuk dada tanya iman anda..Susah sangatkah menutup aurat.Dan yang paling penting laksanakanlah kewajiban menutup aurat ini semata-mata kerana Allah dan bukanlah secara terpaksa.Jika tidak,sia-sia sahaja amalan baik anda kerana anda tidak ikhlas kepadanya melainkan anda hanya takutkan makhluk(kawan-kawan,pensyarah,ibu bapa) dari pencipta kita sendiri Allah SWT. Maka renung-renungkanlah.



Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah untuk menutup aurat…….

  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.
Wah,sanggupkah anda untuk menerima semua ini.Sedangkan terluka sedikit dihiris pisau pun sudah kecoh nak kena hantar ke hospital, apatah lagi kalau kulit anda disiat-siat dan rambut anda ditarik dan dan dipusing oleh 40000 malaikat di neraka.
Wah,kalau anda berani,saya cukup “respek” pada anda kerana anda sanggup bersama-sama syaitan dan sekutunya di neraka untuk diseksa. Pertimbangan yang “hebat”.Semoga KITA tak tergolong dalam orang yang dimaksudkan..

    *  petikan dari - http://syakiringroup.blogspot.com/

Wednesday, March 3, 2010

MuriDKu MeNanGis!!!!!

Hari ini ana seperti biasa mengajar Pendidikan Islam...kelas 3 UM...kelas pandai ni..& perlu sentiasa bersedia dengan  soalan-soalan yang tidak diduga...walaupun kadang-kadang soalannya tak masuk akal...tp ana perlu menjawab soalan tersebut dengan sebaiknya....cikgu kan...kena perlu sentiasa bersedia....dan perlu sentiasa berlakon...mcm cogankata yang selalu di ucapkan "GURU ADALAH PELAKON TERBAIK"...hehehe
Hari ni ngajar "mari mengenal hukum"...wajib,haram, sunat, makruh dan sunat..ingat tak??? klu x ingat, buka balik buku ye....( ^-^ )
sampai hukum wajib.....murid-murid ana nangis...bukan sorang..tapi ramai...KENAPA NANGIS????? 
Ana pun x prasan ana terbuat slot motivasi...tentang hukum mentaati ibubapa....tunjukkan video kelahiran...sambil tu bagi kesedaran pada smua murid-murid ana...tengok-tengok anak-anak didik ana menangis...x sangka betul...sedih ana tengok budak-budak tu....tp ana bangga dengan mereka sebab mereka ada kesedaran tentang hukum mentaati ibu bapa..

TAHNIAH ANAK-ANAK DIDIKKU SEMUA....USTAZAH BANGGA DENGAN KAMU SEMUA...SEMOGA KAMU SEMUA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH...AMIN.... 
 
* jadilah anak yang sentiasa taat kepada ibubapa serta yang sentiasa mendoakan keduanya.....moga ibubapa kita diampuni segala dosa serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...amin Ya Rabb....

" biarlah ibubapamu menangis kerana kejayaanmu, TETAPI
jgn biarkan ibubapamu menangis kerana kegagalanmu......."