Monday, April 4, 2011

Anda WAJIB TaU!!!!!!


 




* sama2 la berusaha mendapatkan yg halal.....

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT
*Meninggalkan fardhu Subuh:
Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.

*Meninggalkan fardhu Zohor:
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

*Meninggalkan fardhu Asar:
Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.

*Meninggalkan fardhu Maghrib:
Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

*Meninggalkan fardhu Isyak:
Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain


pesanan : JGN TINGGAL SOLAT YE....


Saturday, April 2, 2011

KiAmAt SeMaKiN hAmPiR....

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
    Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
    - Sahih Bukhari
    ~ dah jadi dah..
  2. Zina bermaharajalela.
    “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
    - Sahih Muslim
    ~ dah nampak dah..
  3. Bermaharajalela alat muzik.
    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
    - Ibnu Majah
    ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..
  4. Menghias masjid & membanggakannya.
    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
    - Riwayat Nasai.
    ~ memang dah nampak dah..
  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
    - Riwayat Ahmad dan Hakim.
    ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
    - Riwayat Ahmad
    ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
    “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani
    ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
    - Riwayat Ahmad
    ~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
    ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
  10. Bulan sabit kelihatan besar.
    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani
    ~ tak caya gi tengok..
  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
    - Sahih Muslim
    ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
    “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
    - Riwayat Ahmad
    ~ tengok kes peperangan Iraq..
  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
    - Sahih Muslim
    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..
Wallahu a’lam

Monday, March 21, 2011

KoNvO....:)

 16 MAC 2011...:)

Akhirnya ana & semua kwn2 seangkatan IPG KPM dah konvo..
alhamdulillah..syukur..:)
kini "Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian" dalam genggaman..
insyaallah lepas ni akan lebih bersemangat mendidik anak2 bangsa...(^-^)

masa konvo aritu dpt la 2 jambak bunga dari org tersyg...:)



 

























Wednesday, February 9, 2011

BERMULA KINI........:)

Hari start ngajar..rasa mcm pktikm..al-maklumlah mengajar berpasangan, rasa mcm kena pantau je..:)
tapi ok je...dapat ngajar 30 masa so bahagi dengan ustaz tu..dia ngajar 16 masa, ustazah baru ni amk 14 masa..hehe...tp masuk kelas tetap berpasangan...
alhamdulillah Allah mudahkan semuanya...:)

* utk smua rkn2 se"posting", moga kita jd murabbi yang terbaik...ingat amanah yang kita pegang..moga Allah mudahkan segala urusan kita..moga sama2 jd guru cemerlang, gemilang, terbilang di dunia & akhirat..amin YA RABB....

Tuesday, February 8, 2011

"ustazah" BARU....

 Baru je posting....budjet dapat Penang...rupanya rezeki masih di Selangor..
Ape2 pun, apa yg kita dpt itulah yang terbaik yang Allah dh tetapkan buat hambaNYA yang serba dhaif ini...
 Ada 2 sesi...ramai student sekolah ni..alhamdulillah dpt ngajar sesi pg, tahun 5...:)

 * inilah sekolahku......SK TAMAN SERI GOMBAK 2...sekolahku rumahku syurgaku...:)
moga Allah permudahkan segala urusan "ustazah baru" ni...amin YA RABB...

 



my LOVE...................:)

dh lmbt...tp nk post jgk..tentang birthday my mother...27 Januari...:)
sayang sgt2 kt mak....ayah & family & .................:)

  * kek khas utk ibu tersaaaaaaaaaayang........:)
moga pnjg umur, murah rezeki, bhgia dunia & akhirat...amin