Sunday, March 4, 2012

MALAIKAT JIBRIL AS MENEMUI MALAIKAT MALIK AS UNTUK MEMINTA API KEPERLUAN NABI ADAM AS.



Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya Allah swt telah mengutus Malaikat Jibril as menemui Malaikat Malik yang ditugaskan untuk menjaga api neraka, dengan tujuan supaya Malaikat Jibril dapat membawa api untuk kegunaan masak memasak bagi Nabi Adam as.
...
Berkata Malaikat Jibril as: "wahai Malik, aku... telah diutuskan oleh Allah swt supaya mengambil api neraka untuk kegunaan Nabi adam."

Berkata Malaikat Malik: "wahai Jibril, berapa banyakkah yang kamu mahu?"

Berkata Jibril as: "sebiji buah kurma."

Lalu Malaikat Malik berkata: "tahukah kamu wahai Jibril, kalau aku berikan kepada kamu api sebesar buah kurma, maka akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan kepanasannya."

Kemudian Jibril as berkata: "kalau begitu berilah aku api tersebut separuh dari biji kurma."

Lalu berkata Malaikat Malik: "kalau aku berikan kepadamu api neraka ini seperti yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak dapat menurunkan walaupun setitik air ke bumi, dan ini akan menyebabkan tidak akan tumbuh sebarang tanaman."

Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Malik, maka Jibril as pun berdoa kepada Allah swt untuk memohon bantuan.

Berkata Jibril as: "Ya Allah, beritahulah kepadaku sebanyak manakah yang harus aku ambil api neraka ini."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud: "ambillah api itu sebesar biji sawi."

Setelah mendapat arahan dari Allah swt, maka Malaikat Jibril pun mengambil api tersebut dan lalu membasuhnya di 70 buah sungai di syurga dan kemudian Jibril as mendapatkan Nabi Adam as dan meletakkan api tersebut di gunung yang tinggi.

Sebaik sahaja Jibril as meletakkan api tersebut di atas gunung maka larutlah gunung itu dan api kembali ke tempatnya dan tinggal asapnya di batu sehingga sekarang.

Haruslah ingat bahawa api neraka itu sangat panasa ianya dijadikan oleh Allah swt terhadap orang-orang yang ingkar perintahnya, cubalah kita bayangkan kalau setitik api neraka yang tidak dicuci itu jatuh ke bumi ia akan menembusi tujuh petala langit dan bumi, dan bagaimanakah kalau Allah mengazabkan kita dengan api nerakanya. Oleh itu hendaklah kita bertawadhu' dan merendah diri kepada Allah swt.
 *jika kita tidak mampu menghadapi api neraka Allah.....sama2 lah kita baiki kelemahan diri...moga kita sentiasa dalam rahmat Allah....amin....:)

2 comments:

  1. Mohon share untuk perkongsian ilmu..assalamualaikum...

    ReplyDelete
  2. Bismillahirahmanhirahim...

    [ Allahumma shalli alaa Muhammad. Wa alaa ali sayyidina Muhammad ]

    Izin Kongsi yaa.. Untk di kongsi pda rkan yg lain .. [ facebook ]

    May Allah [ SWT ] bless your and you family dunya and akhirat ..

    Aminn

    ReplyDelete