Tuesday, May 25, 2010

Kepulanganku.......:)



Cuti semester akan bermula....rasa tak sabar untuk pulang ke kampung halaman..setiap hari-hari yang berlalu  di rasakan terlalu lama...ayah bonda, anakmu ini sudah tidak sabar ingin pulang berjumpa ayah & bonda tercinta...terasa masih hangat pelukan ibu dan panasnya tangan ayah ketika menghantar anakmu pulang ke IPIS..:)

 "ayah bonda yang teramat di cintai & di sayangi...ketahuilah anakmu amat menyayangi & sentiasa mendoakan kebahagiaan serta kebaikan untukmu di dunia & akhirat...tak terbalas jasamu ayah bonda...kak cik saaaaaaaaayaaaaaaaaang sgt2 mak & ayah..."

tak sabar juga nk jumpa family...kakak, kak ngah, abang, kak su, adik & anak2 sedara ana yang makin comey,farhan & farhan...

"comey kan?? mcm mak teh diorng jgk...(^-^)  farah, farhan.... tunggu mak teh balik ye....nanti mak teh beli eskrem...:) tak sabar nk dengar celoteh anak2 sedara ana....

* ana akan pulang ke kampung halaman esok...smoga perjalanan ana selamat sampai ke destinasinya...amin...
untuk sahabat2 ana : SELAMAT BERCUTI & MAAF SALAH SILAP...gunakanlah masa bersama keluarga dengan sebaiknya...kerana ibubapa & keluarga adalah harta yang tidak ternilai...:)

Tuesday, May 18, 2010

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


 

Friday, May 14, 2010

untukmu................ ^-^




Andai kau tiada,
Pasti hidupku tak sempurna,
Walau egoku cuba dipertahankan,
namun tak mampu ku lawan
Aku harus mengaku,
Aku takkan hidup tanpamu wanita.

Hadirmu membawa sejuta erti,
Buat manusia bergelar lelaki.

Malah,
Adam mengakui,
Keindahan syurga tiada seri,
Tanpa kehadiran seorang isteri,
Dan keranamu Hawa,
Aku bernafas di atas dunia.

Bermula dari kehidupan di syurga,
Kau buat diriku merasa bahagia,
Tak sanggup ku berpisah dengannya,
Walau untuk hidup di dunia.

Biarlah mataku buta,
Daripada melihat akan kehilangannya,
Andai aku kejam padamu,
Maafkanlah aku,
Aku tak sanggup menyakitimu.

Namun harus ku tahu,
Aku tak mahu bertemankan nafsu,
Lantas kau menjadi mangsaku.

Sesaat aku terkaku,
Lantas ku sedar akan kedudukanku,
Yang tak pantas buatmu,
Harus aku membimbingmu,
Agar dapat ku angkat darjatmu.

Namun aku masih belum mampu,
Menjadi yang terbaik buatmu wanita.
Andai aku melindungimu,
Maka terpeliharalah hidupmu.

Namun,
Sekiranya aku memperjudikan dirimu,
Nescaya celakalah duniamu.

Kau punya hati nurani,
Yang tak mampu ku bohongi,
Mahumu hanya pada cinta,
Yang takkan membuatmu binasa.

Janganlah kau dikaburi cinta,
Dari sang lelaki durjana,
Ku tuliskan isi hati,
Dari nurani sang lelaki.

Dan aku,
Aku akan berjanji,
Akan memimpinmu di suatu hari,
Menemui cinta hakiki,
Percayalah pada diri,
Kerana kau teristimewa di hati ini.

Siapalah aku seorang lelaki,
Tanpa kau di dunia ini...(^-^)


luahan hati :
terima kasih kepada "teman" yang mengirimkan puisi ini untuk ana....syukran jazilan....


Saturday, May 8, 2010

MenGhiTunG HaRi DeTiK dEmI DeTiK.....


Wahai masa cepatlah berlalu.....itu yang selalu ana ungkapkan apabila hati dirundung masalah...
"cepatlah berlalu wahai masa". moga dengan berlalunya masa akan turut membawa pergi segala masalah yang ada....


sudah hampir 5 tahun ana menghabiskan usia di bumi IPIS tercinta....5 tahun sudah cukup mengajar ana erti sebuah kehidupan..erti sebuah kebahagiaan...erti sebuah kedukaan..erti sebuah persahabatan...erti sebuah kekuatan...erti sebuah kesabaran dan ketabahan...& segala erti ini akan ana semat dan pahat kukuh di hati ana sebagai panduan dalam sebuah kehidupan mendatang...


apa pun ertinya...kini ana mampu tersenyum bangga kerana ana sudah tidak lama di sini....ana akan pergi jauh dari bumi IPIS...bumi yang penuh dgn coretan kenangan...suka dan duka...


setiap ketika, ana menghitung hari....detik demi detik...saat demi saat...bilakah masanya akan tiba???Ya Allah...betapa hambaMU ini tidak sabar meninggalkan bumi IPIS ini dan berjuang dalam medan pertempuran yang lebih mencabar....cepatlah berlalu wahai masa....


utk kawan,sahabat & teman : terima kasih kerana telah banyak mengajar ana erti sebuah kehidupan...erti sebuah kesyukuran...syukran jazilan...
"kehidupan memerlukan pengorbanan..."

"bumi yg terlalu banyak mengajar erti sebuah kehidupan"

Tuesday, May 4, 2010

PosTing.....



Hari ini ana dan rakan2 seperjuangan ana telah mengisi borang yg bakal menentukan segalanya....(^-^)..
Sudah lama ana kepingan bangat mahu mengisi borang ini...maklumlah...rasa dah terlalu tua di sini...niat & tujuannya mahu cepat2 keluar dari dunia ini...dunia belajar...tidak sabar mahu melangkah ke gerbang pekerjaan...:)
Pilihan posting ana??? pulau pinang & kedah..Dekat je dengan tempat kelahiran sendiri. Bukan anak manja, cuba anak yang mendengar kata ibubapa...(^-^) walaupun  jauh dilubuk hati ana terasa ingin terbang jauh di perantauan, namun ana sedar ibubapa ana adalah segalanya..& ana perlu menurut nasihat dan kemahuan mereka...
Apa pun yang bakal berlaku nanti dan walau di mana pun ana ditempatkan, insyaallah itulah yang terbaik yang Allah aturkan untuk hambaNYA..Insyaallah ana akan laksanakan tugas ana sebaik mungkin sebagai pendidik...

luahan : tak sabar sangat2 nk posting....cepatlah masa berlalu..................semoga ana dan rakan2 seperjuangan yang lain sentiasa ikhlas dalam mendidik anak2 bangsa...insyaallah..(^-^)