Sunday, January 24, 2010

JeNaZaH vs PuTrAjAyA

Hari ini ada program pengurusan jenazah.. Alhamdulillah semua senior-senior wajib datang...maka semua datanglah dengan semangat juang yang cukup tinggi untuk melihat sendiri bagaimana cara-cara pengurusan jenazah...
soalan untuk kita semua :
    * siapa yang nak mati????
    * siapa yang tak mau mati???




"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"...
cuba kita bayangkan andai jenazah td adalah diri kita sendiri yang dh diambil nyawa oleh Yang Esa...bayangkan.....apa perasaan kita?? gembira?? sedih??? takut?? enjoy???


"orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati dan bersedia menghadapinya"...
kita cukup bijak ke??? dh sedia nk mati?? dh cukup amalan?? tepuk dada tanya IMAN...jgn tanya nafsu...sebab nafsu tak pernah kenyang...sebab nafsu susah nk bentuk....sebab itulah kita ada akal...untuk fikir baik dan buruk sesuatu perkara yang kita buat di dunia ni...
rasa insaf dengan program pengurusan jenazah pg td....

TETAPI.....langit tidak selalu cerah....kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...


kita berganjak pd program di petang harinya plk...konvoi beramai-ramai senior ke Putrajaya untuk bergambar...ana pun tak tau program ni sehinggalah petangnya ada shbat yang bertanya kepada ana..
       * tak pergi Putrajaya ke??
       * tak enjoy dengan kwn-kwn ke??
soalannya yang ana pun tak tahu hujung panggalnya...akhirnya barulah ana tau program yang telah dirancang ini...ana langsung tak terkilan sebab ana tak di jemput & tak tau..cuma ana terkilan sebab rasa program ni tak sesuai..tambahan plk di buat lepas program pengurusan jenazah...SESUAI KE??? pada ana bertambah tak sesuai sebab yang pergi bukan kaum adam je..tapi kaum hawa jgk ikut skali...walaupun bukan dalam kenderaan yang sama...tapi tetap tak manis dari segi "ikhtilat"...

Kata seorang ustaz dalam program khas dari senior-senior dulu untuk kita..."kalau nak kuar seeloknya bawa orang yang lebih tua..contoh naqib @ naqibah supaya pergaulan antara kita lebih terjaga"...bukan nk kata kita tak tau jaga pergaulan, cuma MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..

pesanan untuk semua :
semoga keinsafan dan kesedaran yang timbul daripada program pengurusan jenazah ini kekal selamanya..bukan hanya HANYAT-HANYAT TAHI AYAM...


* maaf terkasar bahasa...pendapat ana je...semoga Allah sentiasa lindung kita dari segala fitnah dunia...ingatlah hidup tak lama...& hidup bukan untuk "enjoy" je....jgn mudah terpedaya dengan keseronokan dunia...kerana dunia ni pinjaman je...sama-sama kita doakan Allah tetapkan hati kita di jalanNYA & jauhkan kita dari MAKSIAT dunia...amin...


No comments:

Post a Comment