Thursday, January 28, 2010

Bila Al Quran Mula Bersuara...




Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.


Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....


Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama


Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...


Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....



 



pesanan untuk diri ini dan sahabat taulan :
"jika kita mampu duduk berjam2 lamanya menonton tv dan menghabiskan masa dengan membaca novel @ majalah2 yang kurang berfaedah, adalah lebih baik kita memberikan masa yang terluang untuk membaca dan menghayati Al-Quran...smoga apabila kita menjadi shbt Al-Quran di dunia maka Al-Quran akan menjadi sbht kita di alam kubur dan alam berikutnya....
Ya ALLAH, lindungilah kami dari bahaya dan azab  kubur dan siksa neraka yang tak mampu kami menanggungnya...kasihanilah kami YA ALLAH...berilah kami taufiq dan hidayahMU YA RAHMAN...tempatkanlah kami di kalangan org2 yang beriman...amin...



JOOOOMMMMMM BACA AL-QURAN!!!!!
JANGAN BAZIRKAN MASA ANDA!!!
REBUTLAH PELUANG INI!!!!!
AYUH SAHABATKU SEKALIAN!!!!!
الله اكبر
الله اكبر
الله اكبر



Nk GaMbAr????



Di takdirkan hari ini ana telah ter"chatting" dengan seorang ustaz ana..seorang ustaz yang ana agak geruni...tp  amat ana kagumi..namanya???? biarlah rahsia...
perbualan kami mulanya berkisar tentang pelajaran dan tetapi akhirnya melangkah jauh ke kehidupan ana....
ustaz yang ana ceritakan ini mempunyai kelebihan pada ana...beliau pandai "membaca" orang lain...antum semua percaya tentang kelebihan tu??? terpulangla nk caye ke x...(
dia minta ana tunjukkan gambar "kwn" ana....katanya nk tgk sesuai ke tak...katanya lagi kita leh tgk dia dari serasian mata pasangan, hidung, mulut dan lain2...mgkin ada kebenaran tetapi jgn percaya 100% ye....


ana bagi ke gmbr "si dia"?????
BELUM SAMPAI MASANYA.....(^-^)


persoalanku untuk "si dia" :
boleh ke ana tunjukkan gmbar anta pd ustaz??

luahanku :
semoga keserasian dan kebahagian antara kita kekal selamanya...moga kita semua sentiasa di rentangi pelangi yang indah di setiap masa dan dalam  rahmat serta redha yang Yang Maha Esa...
AMINNNNN....

sekadar renungan :

"aku mencintaimu kerana agamamu..jika hilang agamamu, maka hilanglah rasa cintaku padamu"




Wednesday, January 27, 2010

I LoVe U.....


27 JANUARI.....

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 50 MAK....
ANAK-ANAKMU SENTIASA MENDOAKANMU PANJANG UMUR, MURAH REZEKI & SENTIASA BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT...
SEMOGA ALLAH BERKATI DAN SENTIASA LINDUNGI DIRIMU..
KETAHUILAH BAHAWA ANAK-ANAKMU AMAT MENYAYANGI DIRIMU...
AKAN KAMI LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUKMU YANG TERSAYANG....
KAMI AMAT MENYAYANGI MU......
I LOVE U MOTHER....
LOVE U SOOOOOOOO MUCHHHHHH!!!!!!
SAAAAAYAAAAAAANG MAKKKK........!!!!





Sunday, January 24, 2010

JeNaZaH vs PuTrAjAyA

Hari ini ada program pengurusan jenazah.. Alhamdulillah semua senior-senior wajib datang...maka semua datanglah dengan semangat juang yang cukup tinggi untuk melihat sendiri bagaimana cara-cara pengurusan jenazah...
soalan untuk kita semua :
    * siapa yang nak mati????
    * siapa yang tak mau mati???




"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"...
cuba kita bayangkan andai jenazah td adalah diri kita sendiri yang dh diambil nyawa oleh Yang Esa...bayangkan.....apa perasaan kita?? gembira?? sedih??? takut?? enjoy???


"orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati dan bersedia menghadapinya"...
kita cukup bijak ke??? dh sedia nk mati?? dh cukup amalan?? tepuk dada tanya IMAN...jgn tanya nafsu...sebab nafsu tak pernah kenyang...sebab nafsu susah nk bentuk....sebab itulah kita ada akal...untuk fikir baik dan buruk sesuatu perkara yang kita buat di dunia ni...
rasa insaf dengan program pengurusan jenazah pg td....

TETAPI.....langit tidak selalu cerah....kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...


kita berganjak pd program di petang harinya plk...konvoi beramai-ramai senior ke Putrajaya untuk bergambar...ana pun tak tau program ni sehinggalah petangnya ada shbat yang bertanya kepada ana..
       * tak pergi Putrajaya ke??
       * tak enjoy dengan kwn-kwn ke??
soalannya yang ana pun tak tahu hujung panggalnya...akhirnya barulah ana tau program yang telah dirancang ini...ana langsung tak terkilan sebab ana tak di jemput & tak tau..cuma ana terkilan sebab rasa program ni tak sesuai..tambahan plk di buat lepas program pengurusan jenazah...SESUAI KE??? pada ana bertambah tak sesuai sebab yang pergi bukan kaum adam je..tapi kaum hawa jgk ikut skali...walaupun bukan dalam kenderaan yang sama...tapi tetap tak manis dari segi "ikhtilat"...

Kata seorang ustaz dalam program khas dari senior-senior dulu untuk kita..."kalau nak kuar seeloknya bawa orang yang lebih tua..contoh naqib @ naqibah supaya pergaulan antara kita lebih terjaga"...bukan nk kata kita tak tau jaga pergaulan, cuma MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..

pesanan untuk semua :
semoga keinsafan dan kesedaran yang timbul daripada program pengurusan jenazah ini kekal selamanya..bukan hanya HANYAT-HANYAT TAHI AYAM...


* maaf terkasar bahasa...pendapat ana je...semoga Allah sentiasa lindung kita dari segala fitnah dunia...ingatlah hidup tak lama...& hidup bukan untuk "enjoy" je....jgn mudah terpedaya dengan keseronokan dunia...kerana dunia ni pinjaman je...sama-sama kita doakan Allah tetapkan hati kita di jalanNYA & jauhkan kita dari MAKSIAT dunia...amin...


Wednesday, January 20, 2010

KeTaHuiLaH SaHaBaTku.....




Ketahuilah bahwa setiap kerdipan mata akan ditanya
Setiap nafas turun naik akan dipersoalkan
Setiap gerak hati akan dipertanggungjawabkan                              

Setiap lirikan mata akan ditulis dan dihisab
Baik pergi ke neraka atau ke surga
setelah tangan engkau bertindak
Kaki engkau melangkah
Dan kemana arah tujuannya
setelah lidah engkau bercakap
Akal engkau berfikir
Dan bagaimana cara engkau berfikir
Bagaimana engkau menggunakan jasadmu?
bagaimana engkau gunakan nikmat yang telah diberikan?

Semuanya itu  akan ditulis, dirakam dan dihisab..
Ketahuilah hakikat ini...
sedarilah......
kerana dunia ini hanya pinjaman.



pesanan pada diri ini & sahabat2ku :
ketahuilah setiap apa yang kita lakukan walaupun secara terang atau sembunyi, segalanya diketahui oleh Yang Maha Esa..jauhilah maksiat kerana jika kita melakukan maksiat kita seolah-olah menempah NERAKA Allah..sama2lah kita berjuang dalam menuju redha Illahi..smoga kita sentiasa diberikan petunjuk olehNYA..amin..

Friday, January 15, 2010

ToLoNg!!!!!!!!!!!

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…


Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..


Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..


Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…


Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinyar….
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya…


Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnyar…


Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannyar…


Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…


Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna….


Tapi bersahabatlah kerana Allah…





* pesananku pd "si dia" agar kita sama2 berada di jalanNYA....sama2 kita hayati "tolong" ini....(^-^)

Thursday, January 14, 2010

KENAPA AKU DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..


-Surah At-Taubah ayat 111




KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

luahanku :
setiap ujian yang menimpa mempunyai 1001 hikmah..tanda sayang Yang Maha Esa terhadap kita hambaNYA...sama2lah kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuannya..ingatlah....Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu...makin banyak ujian yang mendatang, semakin dekat kita kepadaNYA...insyaallah...
moga aku sentiasa diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang ujian dan dugaan dunia..amin..
Jangan diminta diringankan beban dan ujian tetapi mintalah diberi lebih kekuatan daripada Yang Maha Esa...