Wednesday, November 4, 2009

PESANAN UNTUK HAWA....


HAWA

andai engkau masih remaja

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu

andai engkau sudah bersuami

jadilah isteri yang meringankan beban suamimu

andai engkau sudah bergelar ibu

didiklah anakmu hingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah

HAWA

andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau jodohmu

ingatlah HAWA janji Tuhan kita

jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana dikhuatiri dari mata jatuh ke hati

maka lahirnya senyuman dan tercetusnya salam

serta sekaligus disusuli dengan pertemuan

yang melahirkan nafsu kejahatan

yang boleh menguasai diri

bahkan menghilangkan pertimbangan akal dan iman

HAWA

lelaki yang baik tidak melihat paras rupa

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya

keremajaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki

tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya

peribadinya dan pegangan agamanya

lelaki yang baik

tidak menginginkan pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya

kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan menggodanya

mereka tidak mahu bermain cinta

kerana tahu matlamat sebuah pertemuan lelaki wanita

adalah perkahwinan

oleh itu,jagalah pandanganmu

awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu

andai ditakdirkan tiada cinta ADAM untukmu

cukuplah hanya cinta ALLAH yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu

biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu

yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buat dirimu

cukuplah sekadar cinta adaik-beradik serta keluarga membahagiakan dirimu

HAWA

cintailah ALLAH dikala susah dan senang

kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan

yang mencintai ALLAH sebagaimana cintamu padaNYA

cintailah kedua ibu bapamu

kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH

melalui keredhaan mereka

cintalah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa

cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga

jangan sesekali tangan yang menggoncang dunia

juga yang menggoncang iman lelaki

kerana fitnah terbesar bagi lelaki adalah WANITA…

renungkanlah wahai kaumku HAWA

juga buat renunganku yang masih punya banyak cacat celanya…

Wassalam…

No comments:

Post a Comment