Sunday, February 28, 2010

UmuRkU MenInGKat Lagi!!!!


Setelah umurku meningkat lagi,
Ku sedar baktiku masih tidak mencukupi lagi,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku sedar usahaku tak sampai mana pun lagi,

Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kealpaan selama ini,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kepalsuan lagi.

Setelah umurku meningkat lagi,
Semua dihadapan ku hanya kepuraan diri,
Setelah umurku meningkat lagi,
Semua dihadapan ku merupakan yang tak pasti.

Jadi biar diriku ubah segalanya,
Jangan biarkan diri ini dipermainkan lagi,
Jadi biar diriku lupakan segalanya,
Jangan biarkan diri disandiwara lagi.


* 27 Februari....kini umur ana meningkat lg...kini ana sudah 23 tahun singgah di bumi ciptaan Yang Maha Esa..23 tahun berlakon di pentas dunia yang penuh dugaan...pengalaman hidup mengajar erti sebuah kehidupan...moga sinar yang menyinar akan terus menyinar...insyaallah...
* lagu khas untuk diri sendiri sempena tanggal 27 Februari....hehehehe
"selamat hari lahir,
selamat hari lahir,
selamat lahir mimbarsyahadah.....
selamat hari lahir..."
 

Friday, February 26, 2010

12 RABIULAWAL.....


SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA.....

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

kepada semua umat islam :
"SALAM MAULIDUR RASUL...Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa..

3UM vs 3USM



Ana diamanahkan mengajar Pendidikan Islam di kelas 3UM dan 3USM...kelas terawal (3UM)  dan kelas terakhir (3USM)....alhamdulillah kelas 3UM semuanya ok..rasa happy je bila masuk mengajar...kelas 3USM????? masyaallah...hanya Allah je tau mcm mana perasaan ana....muridnya NAKAL....BISING....TAK DENGAR CAKAP....KACAU KAWAN....TIDO MASA P&P!!!!
itulah suasana kelas 3USM.....macam langit dengan bumi dengan kelas 3UM...dalam hati ana berdoa..."YA ALLAH...tabahkanlah aku dalam menjalankan amanahMU ini"....
Setiap kali melangkah masuk ke kelas 3USM hati ini memberontak...rasa nk marah je...mungkin dah terset cmtu setiap kali masuk....akhirnya ana sedar yang ana perlu ubah apa yang ana dah setkan dalam fikiran ana..ana cuba buang rasa marah, memberontak dan cuba terima semua murid ana dengan hati terbuka...alhamdulillah, skrang ana dah makin ok mengajar di kelas 3USM...klu awal dulu ana rasa x suka, skrang ana dh boleh tersenyum dengan kerenah mereka...
mereka mengajar ana erti ketabahan..erti pengorbanan...erti kasih sayang....
* untuk semua murid-murid ustazah...."USTAZAH SAYANG KAMU SEMUA"....
* pesanan untuk semua guru dan bakal guru : 
mendidik itu tugas yang mulia...didiklah murid-muridmu dengan sebaiknya...sayangilah mereka kerana mereka begitu berharga.....

Tuesday, February 16, 2010

SeJaRah HaRi KeKaSiH...

SUDAH 2 HARI PASANGAN-PASANGAN KEKASIH MERPATI DUA SEJOLI MENYAMBUT HATI KEKASIH PADA TANGGAL 14 FEBRUARI...NAMUN TAHUKAH ANDA WAHAI SAUDARA DAN SAUDARI SEISLAM SEKALIAN SEJARAH DI SEBALIK PERAYAAN TERSEBUT???? RENUNGILAH SEJARAHNYA......MOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEINSAFAN...AMIN...
 Versi 1
 
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
 
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
 
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

* kepada semua kekasih-kekasih yang berada di muka bumi ini, jauhilah dari menyambut HARI KEKASIH....BOIKOT HARI KEKASIH ( 14 FEBRUARI ) JIKA ANDA SAYANGKAN ISLAM !!!!!!!  

Friday, February 12, 2010

Segalanya Sudah Berakhir....

"sekolah yang menyeramkan itu telah ana dan sahabat2 ana tinggalkan"....
kini kami semua berada di sekolah yang pada ana amat mesra alam, mesra guru, mesra pelajar...
alhamdulillah segalanya telah berakhir..benarlah ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...
setelah keperitan yang kami alami, rupanya ada ketenangan dan kebahagiaan yang tersembunyi....
Alhamdulillah....
selamat berpraktikum dan berjuang kawan2 semua...
ana kini makin TENANG.....
alhamdulillah Ya ALLAH...(^-^)



* maaf tak sempat nk update selalu...al-maklumlah sibuk cikit dengan praktikum...

Tuesday, February 2, 2010

PRAKTIKUMKU.......

hari ini hari pertama ana dan kawan-kawan ke sekolah..
sekolah yang paling menyeramkan antara yang terseram di abad ini...hehehe
sekolah apa ye???
BIARLAH RAHSIA.......(^-^)

kepada semua rakan-rakan yang berpraktikum....
"selamat menjalani praktikum...semoga sekolah kalian adalah sekolah yang terindah di era ini...
kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi ye kawan-kawan"
GOOD LUCK...